PGA Sabah rampas minuman keras, rokok dan mercun RM2.9 juta

Pelbagai jenis minuman keras antara barang dipercayai diseludup yang dirampas dalam serbuan di kawasan Towering, Penampang semalam. (Gambar PGA Sabah)

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas pelbagai jenis minuman keras, rokok dan mercun bernilai RM2.9 juta yang dipercayai diseludup dalam satu serbuan di kawasan Towering, Penampang semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Mohd Abduh Ismail berkata, empat individu berusia 18 hingga 39 tahun, termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan kira-kira 6.30 petang itu.

Katanya, PGA membuat pemantauan selama empat jam sebelum menyerbu sebuah bangunan rumah kedai.

“Hasil pemeriksaan di bangunan rumah kedai terbabit kemudiannya membawa kepada penemuan pelbagai jenis minuman keras yang disyaki diseludup.

“Hasil soal siasat, semua tangkapan kemudiannya menunjuk ke arah sembilan lori yang dijadikan tempat penyimpanan rokok, mercun dan pelbagai jenis minuman keras untuk diedarkan di kawasan Penampang.

Lapan ditahan kerana bakar mercun, provokasi kepung anggota peronda PDRM

“Semua individu terbabit bersama barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media.

Abduh berkata, individu yang ditahan membabitkan seorang wanita tempatan bersama tiga lelaki Filipina tanpa dokumen.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen.

Dalam kes berasingan, polis Sabah turut merampas minuman keras dan rokok dianggarkan bernilai RM1.89 juta dalam serbuan di sebuah kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, di Jalan Bundusan pada 25 Jan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Jauteh Dikun berkata, empat lelaki berusia 13 hingga 37 tahun turut ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah bersama Cawangan Khas IPK Sabah dan dibantu IPD Penampang.

Katanya, empat lelaki itu berperanan sebagai pengurus, penjaga, pemandu dan kelindan lori.

Seludup 11,234kg dadah melalui kurier

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker