Tunggu hasil siasatan – Tok Mat

Tunggu hasil siasatan – Tok Mat

Kementerian Pertahanan masih menunggu laporan penuh siasatan kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Gemas, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata siasatan kes terbabit kini dikendalikan Lembaga Siasatan Dalaman Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Sehubungan itu, katanya, sebarang dapatan berhubung kes letupan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin dekat Negeri Sembilan, akan dimaklumkan selepas siasatan terperinci mengenainya selesai.

“Dua siasatan mengenai kes ini sedang dilakukan PDRM dan Lembaga Siasatan Dalaman TUDM. Justeru, lebih baik kita tunggu laporan jawatankuasa siasatan dalaman berkenaan sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Kejadian malang ini memang tragis. Bagi kami apabila hilang satu jiwa dalam angkatan tentera ia adalah tragedi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba di sini, hari ini.



Hadir sama, Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Ketua Eksekutif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Media baru-baru ini, melaporkan dua maut membabitkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, pada 25 Jun lalu.

Penuntut yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah Laskar Udara 1, Mohd Iqmal Masdi, 22; manakala, jurulatih yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ialah Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33.

TUDM dalam kenyataan Ahad lalu, memaklumkan pihaknya akan menubuhkan Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.



Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota terbabit. BH

Tunggu hasil siasatan – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker