COVID-19: Terlalu rindu pelanggan, pemilik restoran Belgium ini ‘hidang’ pada boneka
RIXENSART: Seorang pemilik restoran di Brussels mengadu dia terlalu merindui pelanggannya sejak perniagaannya dipaksa untuk menghentikan operasi sejak Oktober lalu di bawah undang-undang Belgium.
Selain kehilangan punca pendapatan, Therese Mahieu terasa sebahagian daripada dirinya kini ‘kosong’, lebih-lebih lagi apabila dia tidak dapat berhubung secara langsung dengan semua pelanggannya.
Untuk mengubati kerinduan itu, Mahieu telah mengisi kekosongan tempat duduk di dalam restorannya dengan meletakkan patung boneka yang pelbagai rupa bentuk.
Dia kemudiannya menuang minuman ke dalam gelas di hadapan boneka-boneka itu, yang turut dipakaikan rambut palsu, topi dan skaf.
Mahieu melakukan ini semua kerana terlalu merindui kehadiran pelanggannya… – Reuters
You must be logged in to post a comment.