SEKSI LEPAS CERAI, INI JAWAB ZARINA: “BAGI LA HAPPY SIKIT, DARIPADA KINJA-KINJA MESEJ SUAMI ORANG”

Zarina Anjoulie

Semua sedia maklum mengenai pelakon Zarina Anjoulie yang baru-baru ini mengumumkan dirinya telah sah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, selepas sahaja mendedahkan perkara tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan Zarina yang dilihat semakin ‘daring’.

Mungkin diasak dengan pelbagai komen kurang manis, Zarina ataupun mesra disapa Anju tampil menyangkal dakwaan tersebut selain mengecam pihak yang menuduhnya semakin seksi selepas bergelar janda.

“Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang. Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas cerai apa salahnya Anju nak happy-happy sikit,”

 

Jelas wanita itu lagi, tidak semestinya dia perlu meratapi nasib dan terus hidup miskin setelah kembali hidup sendiri.

“Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak. Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Anju juga meluahkan rasa syukur dengan peluang yang mengetuk pintu rezekinya apabila dia berkongsi bakal membintangi sebuah filem tak lama lagi selain dilantik sebagai duta produk.

“Tuhan tu maha adil, semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah,” tuturnya.

 

Leave a Reply