IBU MENTUA MIRA FILZAH TURUT TERIMA GELARAN DATUK

Ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah iaitu Datin Mastura Yazid turut menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Mastura merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menerima Darjah Kebesaran daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hari ini

Berita gembira itu dimaklumkan oleh anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar di akaun Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Wan Emir mengucapkan tahniah kepada ibunya. Wan Emir turut mendoakan agar perjuangan dan usaha ibunya sebagai pemimpin dirahmati Allah.

“Menjunjung kasih YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pengurniaan Darjah Kebesaran buat Bonda patik, @masturayazid.

 

“Moga anugerah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hanya akan menjadikan Bonda patik lebih baik dan terus cekap dan cekal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amanah buat semua, baik di Kuala, di desa, mahupun di pentas antarabangsa, untuk nama baik negara.

“Di sebalik tabir berdekad-dekad perjalanan khidmat dan bakti Ibu kepada masyarakat, bangsa dan negara, hati dan mata ini sendirilah yang menjadi saksi sendiri kepada tangisan, darah dan keringat yang dilimpahkan, demi cinta.. sebuah perjuangan.

“An inspiring, passionate, beloved leader, that is my Ibu. Tahniah Ibu. Papa would look dearly upon this moment today, for he knows how incredible Ibu has been for Papa, the people of Kuale, and the nation.

Rahmatilah perjuangan dan usaha Ibu ku Ya Rabb, demi kebaikan agama, bangsa dan negara. #DemiCintaSebuahPerjuangan #ArahManaSyurga,” tulisnya.

 

Leave a Reply