Lelaki rentas negeri dicekup berkhalwat

Kulim: Seorang lelaki sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di daerah ini sebelum dicekup berkhalwat di rumah wanita itu di kawasan perumahan di sini, tengah malam tadi.

Ketika dicekup 12.16 tengah malam, lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menyorok di belakang pintu bilik yang disewa kekasihnya.

Beliau berkata, lelaki berusia 36 tahun itu menetap di Pulau Pinang, manakala wanita berusia 19 tahun itu berasal dari Perak tetapi menyewa di bilik rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dicekup kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki itu hanya memberi alasan saja datang untuk tidur di rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar Sharifuddin berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

Beliau berkata, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.-HM

Berkhalwat dengan isteri orang ketika waktu solat Jumaat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker