Kontrak Messi bersama Barcelona bocor, terbesar dalam sejarah sukan

BARCELONA: Kontrak Lionel Messi bersama Barcelona dilaporkan menghampiri jumlah 500 juta pound (RM2.77 bilion) sekali gus menjadi rundingan terbesar dalam sejarah sukan.

Menerusi dokumen yang bocor dan dilaporkan akhbar El Mundo yang mendakwa menerima salinan sulit sebanyak 30 muka surat itu, jumlah keseluruhan kontrak terbabit adalah 492 juta pound (RM2.72 bilion).

Jumlah itu termasuk gaji tetap, hak imej, pendapatan lain serta cukai yang perlu dibayar oleh Barcelona untuk memintas jumlah rundingan bintang NFL, Patrick Mahomes bersama Kansas City Chiefs yang berjumlah 402 juta pound (RM2.2 bilion).

Salah satu daripada bonus itu adalah ‘pembayaran pembaharuan’ bernilai 102 juta pound (RM565 juta) hanya untuk menandatangani kontrak pada November 2017.

Messi kemudiannya terus menerima 69 juta pound (RM382 juta) setiap tahun sebagai ‘bonus kesetiaan’ apabila kekal bersama pasukan itu.

Messi ubah fikiran, kekal bersama Barcelona

Dia bagaimanapun cuba untuk meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu apabila mengaktifkan klausa dalam kontraknya yang membolehkan dia meninggalkan pasukan itu secara percuma.

Namun, dia membuat pusingan U untuk kekal pada tahun terakhirnya dan kini beberapa pasukan seperti Paris Saint-Germain serta Manchester City mungkin menjadi destinasi terbarunya.

Dokumen membabitkan kontrak Messi itu bocor hanya beberapa hari selepas laporan kewangan Barcelona mendedahkan mereka berdepan hutang 1 bilion pound (RM5.54 bilion).

Ia termasuklah hutang jangka pendek bernilai 638 juta pound (RM3.5 bilion) dan 236 juta pound (RM1.3 bilion) yang perlu dilunaskan kepada pelbagai bank dan institusi kewangan sebelum 30 Jun depan.-Agensi

Khabib hanya raih pendapatan sepertiga daripada jumlah McGregor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker