Khabib hanya raih pendapatan sepertiga daripada jumlah McGregor

Khabib Nurmagomedov hanya memperoleh satu pertiga daripada jumlah pendapatan yang diterima seterunya, Conor McGregor pada tahun lalu.

Berdasarkan tahun kewangan berakhir 6 April lalu, jaguh UFC dari Russia itu sekadar memperoleh kira-kira 13 juta pound (RM69 juta) sementara ‘The Notorious’ mengutip sebanyak 39 juta pound (RM207 juta).

Jaguh dari Ireland itu bagaimanapun hanya beraksi dalam octagon sebanyak dua kali sejak 2016.

Namun dalam aksi terbaharunya ketika menumbangkan Donald ‘Cowboy’ Cerrone pada Januari lalu menyaksikan dia memperoleh 25 juta pound (RM132 juta).
–– ADVERTISEMENT ––

Menurut Forbes, dia mendapat 4 juta pound (RM21 juta) daripada penajaan bersama Reebok yang ditandatanganinya dua tahun lalu.

Selain itu, dia turut memperkenalkan jenama whiskey ‘Proper No. Twelve Irish’ yang boleh didapati di Ireland, Australia, Kanada, Russia dan Amerika Syarikat.

Walaupun Khabib muncul dalam senarai ‘individu berusia bawah 40 tahun paling berjaya di Russia’, namun dia masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan McGregor.

Dua jaguh ini tidak memiliki hubungan yang baik sejak Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan pada 2018 yang berlanjutan sehingga pergaduhan selepas tamat perlawanan antara kedua dua kem. – AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker