Noor Hisham: Lonjakan angka sebab kes lama lewat dilapor

 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes harian Covid-19 baru-baru ini sehingga berjumlah 16,751 disebabkan oleh tunggakan kes lama yang lambat dilapor.

Jelasnya, sebilangan jumlah kes itu dari tahun lepas, yang sudah ditangani jabatan kesihatan daerah.

“Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengesahkan bahawa situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis CPRC) Kebangsaan termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

“Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri.

“Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP bidas Hamzah, Putrajaya atas lonjakan kes Covid-19 di penjara

Tambahnya, terdapat juga kelewatan laporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (Simka) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan tunggakan itu diselesaikan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebelum ini juga mengatakan bahawa lonjakan kes disebabkan oleh tunggakan.

Amirudin mengatakan ada rancangan untuk mendenda klinik swasta dan hospital yang tidak segera melaporkan kes Covid-19 melalui Simka.

Selangor telah mencatat jumlah tertinggi dalam kenaikan tiga hari ini, berjumlah 8,876.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker