JKM akan dapatkan hak jagaan dua arwah adik Amir

MELAKA: Dua anak pasangan yang ditahan selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki sehingga mati akan diletakkan di bawah penjagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata JKM negeri akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.

Katanya, permohonan itu akan dibuat esok bagi memastikan kebajikan dua beradik berkenaan sentiasa dijaga susulan insiden menyayat hati yang berlaku dalam keluarga itu.

“Pasangan berkenaan mempunyai tiga lagi anak, anak sulung, sembilan tahun dijaga nenek mereka di Kampung Simpang Bekoh, Jasin, manakala dua lagi yang masing-masing berusia dua dan empat tahun baru dihantar selepas ibu bapa mereka ditahan polis, Jumaat lalu.

“JKM akan mendapatkan hak penjagaan sementara daripada mahkamah untuk menjaga kedua-dua beradik ini sehingga kes berkenaan selesai,” katanya selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menziarahi ibu angkat kanak-kanak lelaki berkenaan, Norlida Abu Hassan, 50, di rumah inap desa, Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Latipah meminta masyarakat supaya lebih peka terhadap keadaan persekitaran bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera – Perdana Menteri

“Jika terdapat sesuatu yang tidak diingini, terutama membabitkan hal ehwal keluarga di komuniti masing-masing, boleh buat panggilan di Talian Nur 15999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Semalam, sepasang suami isteri yang disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Krubong Jaya direman tujuh hari sehingga 5 Februari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa ditemui lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah terbabit dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian badan.

 

Biden rombak dasar penjagaan kesihatan Trump

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker