UMNO sudah lama ditalkinkan jika lemah
UMNO sudah lama ‘ditalkinkan’ jika benar parti itu lemah, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, jangka hayat UMNO sudah tentu berakhir selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan berlakunya peralihan kuasa politik baharu buat pertama kali dalam sejarah negara apabila BN tumbang selepas 60 tahun mentadbir.
Bagaimanapun, UMNO berjaya membuktikan umurnya ‘masih panjang’ dan beliau turut menegaskan bahawa UMNO kini semakin jauh ke hadapan.
“Jika pemimpin UMNO lemah, parti ini akan ‘dimuziumkan’ dalam gaung paling dalam tanpa seutas tali untuk bangkit semula.
“Tapi sudah jelas tidak. UMNO kini semakin jauh ke hadapan, jauh daripada tebing yang mendukacitakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jika pemimpin UMNO lemah sudah lama UMNO 'ditalkinkan' selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Sudah lama UMNO 'dimuziumkan' gaung paling dlm tanpa seutas tali utk bangkit semula. https://t.co/H53QH2DDdV pic.twitter.com/h8oFvtAW9L
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) January 31, 2021
Tambah Zahid, UMNO tidak akan mengalah dan panji-panjinya akan terus berkibar dengan semangat baharu walaupun ramai sahabat seperjuangan ‘bertempiaran menyelamatkan diri’.
“Berbekalkan iltizam dan semangat kebenaran menentang fitnah kezaliman adu domba tanpa gentar, UMNO tidak akan mengalah.
“Terima kasih semua. Perjuangan agama, bangsa dan negara tidak pernah luntur kerana itu kita tidak goyah dan masih di sini.
‘Kita bersama teruskan momentum UMNO. Kita teruskan pelayaran ini. Kepada ALLAH SWT kita bertawakal,” katanya-SH
Mengapa Muhyiddin PM paling lemah dalam sejarah?