Mengapa Muhyiddin PM paling lemah dalam sejarah? · MYKMU.NET

Mengapa Muhyiddin PM paling lemah dalam sejarah?

Share

Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah ‘perdana menteri yang paling lemah’ dalam sejarah negara.

Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka.

Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi sistem kesihatan awam negara-negara maju.

Bagaimanapun, rakyat dan negara perlu juga kepada kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara mampu bertahan kesan buruk wabak Covid-19 dan mampu meningkat kembali apabila wabak itu dapat diredakan.

Kesilapan Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengistiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara boleh mengatasi wabak Covid-19 telah sebenarnya membuka kelemahan kerajaan PN itu sendiri.

Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.

Keputusan untuk diistihar darurat sudah cukup memerlukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai perdana menteri!

Siapalah yang menasihat Muhyiddin untuk menyembahkan nasihat ini kepada YDPA?

‘Bajet talian hayat’

Saya dengar ramai peguam-peguam yang rapat dengan Bersatu dan komponen PN yang telah terlibat menasihat Muhyiddin.

Apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya.

Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah Muhyiddin Yassin!

Keempat, apabila saranan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ oleh wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, Muhyiddin dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,…’

Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.

Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan manfaat untuk mereka!

Memang tepat permintaan awal-awal Umno-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.

Umno-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati Umno untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.

Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.

Mungkinkah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini.

Shahrir Samad

Gencatan politik? Sokongan lemah? Jangan lupa kuasa eksekutif masih ditangan Muhyiddin

Leave a Reply