Gencatan politik? Sokongan lemah? Jangan lupa kuasa eksekutif masih ditangan Muhyiddin · MYKMU.NET

Gencatan politik? Sokongan lemah? Jangan lupa kuasa eksekutif masih ditangan Muhyiddin

Share

Meskipun sokongan lemah di Dewan Rakyat dan populariti awamnya didakwa merosot, Muhyiddin Yassin masih seorang perdana menteri, kata A Kadir Jasin.

“Dengan kedudukan itu dia masih mempunyai kuasa eksekutif sebagai benteng pertahanan,” kata wartawan veteran itu.

Kadir berkata demikian ketiga mengulas dakwaan terdapat kerjasama Anwar bersama presiden dan bekas presiden Umno – Zahid Hamidi dan Najib Razak – bagi menjatuhkan Muhyiddin.

‘Apa sebenarnya Ahmad Zahid caturkan?’

 Zahid semalam mengumumkan “gencatan politik” dan mendukung PN, tidak lama biro politik Umno berkata parti itu mempertimbangkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan.

Najib minggu lalu berkata tidak akan menerima sebarang jawatan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), mahupun “mana-mana kerajaan baru”, selagi namanya tidak dibersihkan di mahkamah.

‘Hanya tambah musuh’

Sementara itu, Kadir berkata, kerjasama Anwar, Zahid dan Najib, jika benar-benar terjadi, hanya akan menyebabkan mereka mencipta lebih ramai musuh.

Tindakan gencatan politik pengorbanan kedua UMNO

“Di kalangan pemimpin parti-parti Pakatan Harapan sendiri, banyak yang tidak selesa mengenai kerjasama dengan Umno khususnya dengan Ahmad Zahid yang sedang dibicarakan dan Najib yang sudah pun didapati bersalah,” katanya.

Anwar mendakwa mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru tetapi tidak mendedahkan senarai anggota parlimen yang menyokongnya.

Kit Siang berkhayal kaitkan gencatan politik dengan kes Khairuddin – Najib

Leave a Reply