[VIDEO] ‘Tidak Kasihan Ke Individu Itu Kepada Amir?’ 😪. Al-Fatihah untuk Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi

“Bukan tak (tidak) boleh terima tetapi sedih seandainya kematiaannya disebabkan kekejaman manusia,” kata Norlida Hassan ,ibu angkat Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, yang dilaporkan meninggal dunia semalam dipercayai akibat didera.

Norlida, 48, yang menetap di Rawang, Selangor mengakui terkejut dengan pemergian Zubaidi Amir Qusyairi atau mesra dipanggil Amir kerana berlaku dengan tiba-tiba selepas tiga bulan anak angkatnya itu tidak tinggal bersamanya.

Malah, Norlida berkata, bukan hanya dirinya malah seluruh ahli keluarganya terkesan dengan pemergian Amir yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.

“Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya.

“Dia anak yang petah bercakap, bijak orangnya jadi pemergiannya memberi kesan bukan kepada saya seorang tetapi juga suami juga anak lain iaitu kakak dan abangnya.

” Kalau kena marah sikit sekalipun,dia akan menangis,memanggil Umi (nama panggilan Amir buat Norlida) jadi tidak kasihan ke individu itu kepadanya,” katanya yang sebak dan tidak dapat menahan tangisan ketika dihubungi Harian Metro.

Norlida berkata, sebaik mengetahui berita pemergian Amir, dia dan seluruh ahli tidak berlengah sebaliknya terus keluarga terus bergegas ke Melaka, malam tadi.

“Selepas dapat tahu, kami terus ke balai polis berhampiran meminta kebenaran untuk merentas negeri.

” Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan sehingga kami selamat tiba di sini (Melaka).

“Saya cuba terima pemergiannya cuma berharap keadilan ditegakkan buatnya jika benar dia dibunuh,” katanya

Sementara itu, anaknya, Tuhfah Nazihah Md Tarmidi, 26, berkata, kali terakhir dia dan keluarganya pada akhir Oktober lalu iaitu beberapa minggu selepas menyerahkan Amir kepada ibu kandungnya.

Katanya, suara Amir masih riang seperti kebiasaannya ketika itu cuma selepas itu, dia sekeluarga tidak dapat lagi menghubungi Amir kerana pelbagai alasan diberi ibu kandungnya.

“Saya dapat tahu mengenai kematian Amir selepas dihubungi jiran yang juga pengasuhnya petang semalam dan difahamkan, Amir meninggal dunia akibat lemas tetapi ada kesan kecederaan pada badannya.

“Macam tak percaya kerana ada rasa tidak sedap hati sejak kebelakangan ini kerana memikirkan Amir dan Umi (ibu) memang ada perancangan ke Melaka untuk bertemu dengannya tetapi tertangguh disebabkan PKP.

“Kami semua terkilan dan sedih malah tidak sangka dia meninggal dunia dalam keada sebegitu cuma buat masa ini,ma yatnya masih dibedah siasat di Hospital Melaka. Jadi,kami semua perlu menunggu keputusan penuh forensik tengah hari ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Zubaidi Amir ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Oktober tahun lalu, Harian Metro turut menyiarkan kisah Zubaidi Amir yang terpaksa berpisah dengan keluarga angkat selepas diambil semula oleh ibu kandungnya.

VIDEO Setiap Pertemuan Ada Perpisahan

Leave a Reply