Setiap Pertemuan Ada Perpisahan..Kanak-kanak Mati Dipercayai Didera Ibu Kandung, Bapa Tiri

MELAKA: Seorang kanak-kanak ditemui mati dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan, petang tadi.

Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.



Beliau berkata, susulan itu pihak polis menahan ibu dan bapa tirinya masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.

Katanya, pihak polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh, esok,” katanya.



Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa dera diselamatkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker