COVID-19: Vaksin di Malaysia tiada unsur babi atau haiwan

 

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini juga tidak mempunyai unsur babi.

Katanya, penggunaan vaksin di negara ini dijelaskan dalam keputusan fatwa muzakarah kebangsaan yang disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan ia juga selari dengan fatwa sama di seluruh dunia.

“Vaksin-vaksin yang menjadi pilihan Malaysia adalah dalam kelompok yang paling tinggi kadar keberkesanan dan paling banyak dipercayai di seluruh dunia berdasarkan lebih 80 juta dos yang sudah disuntik kepada penduduk di lebih 57 negara seluruh dunia.

“Setiap hari, lebih 3.6 juta dos disuntik di merata tempat. Cuma ada peratus kecil laporan kes terpencil yang akhirnya ternyata tiada kaitan langsung dengan kesan vaksin.

“Tetapi kerana pelaporan yang mengelirukan, masyarakat jadi was-was dan takut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

https://mykmu.net/2017/03/22/pejabat-mufti-bidas-portal-fmt-malaysiakini-tidak-jujur-melaporkan-isu/

Dalam hantaran itu, Ahmad Amzad juga meminta media supaya berhati-hati dalam pemilihan tajuk berita khususnya berkaitan COVID-19 dan vaksin.

“Jangan kerana mahu tarik perhatian pembaca, guna perkataan yang mengelirukan dan menakutkan rakyat dan menggugat usaha kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai contoh berita daripada China mengenai kaedah swab dari dubur.

“Tajuk dibaca secara sekali imbas terus jadi viral dan ramai buat andaian kononnya kaedah itu di Malaysia sedangkan berita asal meyatakan China tidak bercadang menjadikan ia kaedah piawai. Pakar dari Malaysia juga menegaskan kaedah sekarang paling sesuai dan berkesan,” katanya.

Beliau juga berkata, tajuk mengenai vaksin juga banyak mengelirukan contohnya mengenai ulama tersohor Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang menjelaskan hukum vaksin yang mengandungi bahan najis seperti babi.

“Lalu tajuk berita ditulis `Vaksin COVID-19 mengandungi babi hukumnya harus.’ Habis jadi bahan percakapan bahawa dalam vaksin COVID-19 ada babi,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker