Dr Zulkifli Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Isu ‘Pakar Motivasi’ Andika Putera Mengenai Curang

Mana datangnya mamat bernama Andika Putera? Sejak pagi tadi kecoh di Twitter selepas ada video yang menunjukkan seorang lelaki yang dikenali Andika Putera telah bercakap tentang isu curang.

Apa yang pasti, kenyataan yang dikeluarkan lelaki itu membuatkan netizen bengang apabila melihat sendiri video terbabit memang dapat dilihat something wrong di situ.

 

Andika merupakan seorang selebriti media sosial yang juga merupakan pakar motivasi dan telah diajukan soalan mengenai pandangan berkenaan kes curang. Tetapi jawapannya seperti ingin menyalahkan pencipta dan netizen tak setuju ulasanya mempergunakan agama dalam melakukan kemungkaran.

Rata2 netizen tidak bersetuju dengan pendapat beliau dan ada yang bengang juga

Andika juga berpendapat mereka yang curang ini diizinkan Allah dan sekiranya Allah tidak izinkan, mustahil mereka akan curang.

Netizen mohon pencerahan Menteri Agama, Dr Zulkifli.

Disebabkan itu, ada seseorang yang menggunakan akaun Hani Ismail telah meminta penjelasan dari Dr Zulkifli mengenai kenyataan dari Andika ini.

Admin Dr Zulkifli bagaimanapun menjawab agar pihak Pejabat Mufti Wilayah untuk meneliti perkara yang dibangkitkan ini.

Semoga isu ini dapat dijelaskan dalam masa terdekat. Bagi kami, lebih baik kita mendapatkan jawapan dari para ilmuan, ustaz dan ahli ulamak yang sah bagi mendapatkan jawapan yang benar dan jelas.- Oh!Media

Kredit: Twitter @IniAlannn

Leave a Reply