‘Saya Menyesal… Sepatutnya Saya Pertahankan Adik’

Melaka: Luluh hati seorang ibu apabila menerima berita mengenai anak angkatnya berusia tujuh tahun yang dijaga sebelum ini, meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera.

Norlida Abu Hassan, 50, berkata, walaupun reda dengan pemergian anak lelaki jagaannya namun terkilan kerana kanak-kanak yang dijaga seperti darah daging sendiri dengan penuh kasih sayang itu diperlakukan sedemikian rupa.

Menurut Norlida, kali terakhir bertemu anak angkatnya yang mesra dengan panggilan ‘Adik’ pada November lalu di Rawang, Selangor, sebulan selepas kanak-kanak itu diserahkan kepada keluarganya di Krubong di sini.



“Saya menyesal… sepatutnya saya pertahankan Adik tetapi kerana faham keadaan ibunya yang mungkin menanggung rindu, jadi saya rela dan biarkan dia kembali ke pangkuan mereka.

“Tetapi saya tidak menyangka anak yang ditatang bagai minyak penuh, hilang sekelip mata dalam keadaan sebegitu,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Seri Jati, Batu Berendam di sini hari ini.

Norlida berkata, sepanjang lebih enam tahun menjaga Adik, ibu kandung kanak-kanak malang itu hanya beberapa kali datang bertemu tetapi kembali berhubung ketika cuba mendapatkan dokumentasi kemasukan Tahun Satu daripada ibu kandungnya.

Ketika itu, Norlida tidak menyangka yang ibu kandung Adik meluahkan hasrat untuk menjaganya semula tahun lalu, dan selepas menyerahkan anak angkatnya itu, dia tidak lagi berpeluang bertemu dengan kanak-kanak berkenaan malah talian telefonnya juga disekat.



“Ada sekali kami berpeluang bertemu dengannya secara senyap-senyap di kedai makan di Rawang ketika Adik dibawa bapa tirinya berjumpa kami dan Adik pernah cakap dia rindu Ummi,” katanya.

Norlida berkata, pemergian Adik bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya malah seluruh ahli keluarga serta kenalan mereka kerana perwatakannya yang peramah, periang dan mudah mesra walaupun baru dikenali.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.-HM



[VIDEO] ‘Tidak Kasihan Ke Individu Itu Kepada Amir?’ 😪. Al-Fatihah untuk Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker