LONDON: Mauricio Pochettino yakin Kylian Mbappe akan kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) untuk tempoh ‘beberapa tahun akan datang’.
Pochettino, 48, kembali menjadi pengurus awal bulan ini apabila menyertai kelab gergasi Perancis itu dan memenangi empat dari lima perlawanan pertamanya.
Walaupun kontrak Mbappe tidak menentu selain laporan menunjukkan PSG bakal menjualnya ke Real Madrid atau Liverpool, Pochettino yakin dapat mempertahankan bintang utamanya itu.
Dia berkata: “Ada banyak khabar angin, tetapi saya fikir dia akan berada di PSG untuk beberapa tahun akan datang, dan itulah harapan kelab.
“Kami bergantung padanya sepanjang berada di sini. Memang benar dia harus membuat keputusan (mengenai masa depannya), tetapi dia nampak gembira dan sangat komited untuk projek ini.”
Mengulas mengenai kualiti Mbappe, Pochettino berkata: “Siapa yang tidak menyukai Kylian? Kami saling bercakap antara satu sama lain.
“Dia membuat dirinya disayangi, dengan senyuman, wajah dan tenaganya. Pada usia 19 tahun, dia adalah juara dunia (dengan Perancis), perkara mengagumkan terjadi padanya. Malah dia istimewa dan berbeza.”
Mbappe minta keluar dari PSG PARIS: Semuanya tampak indah di Paris Saint-Germain (PSG) selepas ketibaan Lionel Messi di kelab berkenaan, namun seorang daripada pemain paling dihargai di kelab berkenaan tidak mahu menjadi sebahagian daripada perancangan menjadikan Messi rasa selesa di 'rumah baharunya'. Menurut L'Equipe, bintang Perancis, Kylian Mbappe sudah memberitahu…
PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) yang pada mulanya mahu melepaskan Kylian Mbappe sedia membuat pusingan U dengan menawarkan lanjutan kontrak lumayan mencecah 1 bilion euro (RM5.07 bilion) untuk tempoh 10 tahun. Jika tawaran itu diterima, ia akan menjadi kontrak sukan termahal dalam sejarah, sekali gus meletakkan Mbappe mengungguli senarai Atlet Bergaji Tertinggi Dunia…
Seloroh Mbappe, Hakimi jadi realiti DOHA: Tiada siapa boleh meramalkan Perancis bertemu Maghribi pada separuh akhir Piala Dunia sebelum kejohanan itu bermula. Bagaimanapun, Kylian Mbappe sudah bermimpikannya pada siang hari, tepatnya Mei lalu ketika menyertai perlawanan jelajah Paris Saint-Germain (PSG) di Qatar. Penyerang Les Bleus itu berjenaka mengenai kemungkinan dia…
You must be logged in to post a comment.