Tunggu Sampai Hujung Bulan BPN 2.0 Akan Masuk, Sabar Boleh? – Tengku Zafrul

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan semua penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 fasa kedua akan mendapat bayaran itu selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Beliau berkata, proses bayaran BPN 2.0 fasa kedua berjumlah RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima.

Susulan itu Tengku Zafrul meminta supaya penerima bersabar kerana jumlah bayaran yang besar memakan masa untuk pengkreditan sepenuhnya.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Jan 2021, sebanyak 6.4 juta akaun sudah dikreditkan dan dari 25 hingga 29 Jan 2021, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Malah, mulai 25 Jan 2021, kira-kira 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40.

“Kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit-sebanyak membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat perintah kawalan pergerakan (PKP) ini,” katanya menjelaskan kekeliruan timbul mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula disalurkan bermula 21 Jan lalu.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan bantuan kewangan lain bagi menangani isu keluhan program subsidi upah (PSU) 3.0 yang ditambah baik melalui pakej bantuan perlindungan ekonomi dan rakyat Malaysia (PERMAI) tidak mencukupi.

Bayaran BPN 2.0 dibuat mulai 21 Januari – Tengku Zafrul

“Izinkan saya memberi penjelasan. Peruntukan terkini bagi PSU pada 2021 ialah RM3 bilion. Dengan perluasan skop untuk semua syarikat terjejas PKP, PSU 3.0 akan menerima penambahan peruntukan RM500 juta lagi, menjadikan jumlahnya RM1.5 bilion bawah PERMAI.

“Ini adalah penambahan kepada RM1.5 bilion yang diumumkan semasa Belanjawan 2021. Ini juga bermakna bahawa program PSU yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi 2020 dan 2021 secara keseluruhannya bernilai RM20.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM3.7 bilion lagi bawah program penjanaan pekerjaan dalam Belanjawan 2021 yang baru dimulakan, selain RM3 bilion bawah PSU 2021.

“Ini merangkumi program insentif pengambilan pekerja bagi majikan dan perniagaan. Saya juga ingin mengingatkan kadar sewa premis perniagaan MARA diturunkan 30%.

“Manakala, insentif cukai bagi mereka yang memberikan kemudahan sama dilanjutkan kepada semua penyewa perniagaan, berbanding hanya penyewa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebelum ini.

“Banyak lagi bantuan yang boleh dimanfaatkan majikan dan perniagaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari portal Belanjawan 2021, yang menyenaraikan semua manfaat Belanjawan 2021,” katanya.

 

 

Putrajaya perlu ambil langkah berani dan luar biasa untuk selamatkan ekonomi negara – Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker