Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$107.8 bilion pada 15 Januari

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.8 bilion pada 15 Januari 2021, lebih tinggi berbanding AS$107.6 bilion pada 30 Disember 2020.

Dalam kenyataan, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$97.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR:AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.0 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM433.12 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.94 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM17.53 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM20.28 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM170.15 bilion), mata wang dalam edaran (RM134.02 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.56 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.69 bilion), deposit-deposit lain (RM12.86 bilion), kertas Bank Negara (RM10.1 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain(RM4.01 bilion).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker