Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Bersalah Tak Mampu Bantu Semua

Sejak semalam, nama pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila membeli 100 unit tablet untuk diberikan kepada pelajar susah yang memerlukan.

Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit berasa sebak kerana hanya mampu menyediakan sebanyak 100 unit sahaja tetapi dia menerima hampir 43 ribu mesej daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak belajar.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat memabntu ramai orang serta berharap agar dosanya diampunkan.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian pendakwah itu serta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat membantu mereka yang memerlukan.-RK

[VIDEO] “Siapa Benar2 Perlu, Boleh Hubungi..Semoga Jadi Asbab Kebaikan”-Ebit Lew Hadiahkan 100 Biji Tab Untuk Pelajar Memerlukan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker