COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu

 

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 176,180 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu tersebut, terdapat enam kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 42,814 kes“, kata Dr Noor Hisham dalam hantarannya di akaun Twitter pada Jumaat.

Sementara itu, negeri Selangor mencatatkan kes harian tertinggi bagi penularan jangkitan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 782 kes dan ini diikuti Sabah, 453 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes.

Setakat ini, sebanyak 251 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh terus catat peningkatan sebanyak 2,554 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 132,706 kes.

Status ringkas Covid-19 setakat 22 Januari 2021:

Jumlah kes sembuh baru: 2,554 kes

Jumlah kumulatif kes sembuh: 132,706 kes (75.3 %)

Jumlah kes baru Covid-19: 3,631 kes

Jumlah kumulatif kes baru: 176,180 kes

Jumlah kes aktif: 42,814 kes

Kes tempatan: 3,625 kes

Kes import: 6 kes (2 WN, 4 BWN)

Jumlah kematian baru: 18 kes (17 WN, 1 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 660 kes (0.37 %)

Jumlah kes di ICU: 251 kes

Pesakit Covid-19 intubated: 102 kes

Ringkasan kes Covid-19 mengikut negeri:

Selangor (782)

Johor (466)

Sabah (453)

Kuala Lumpur (435)

Sarawak (229)

Pulau Pinang (202)

Negeri Sembilan (197)

Terengganu (178)

Kedah (166)

Kelantan (161)

Perak (138)

Melaka (82)

Pahang (61)

Putrajaya (39)

Labuan (29)

Perlis (13)

Leave a Reply