Al-Fatihah: Ibu Mentua Ako Mustapha meninggal dunia akibat Covid-19

Kuala Lumpur: Ibu mentua pelakon Ako Mustapha, 48, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha berkongsi berita kematian Hajah Santanina itu di Facebook.

“Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mentua saya, Hajah Santanina kembali ke rahmatullah di HKL disebabkan virus Covid-19,” katanya.

 



 

Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.

Ako berkahwin dengan anak Allahyarham, Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat anak.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker