Tukar jantina perlu dijadikan kesalahan dalam Undang-undang Jenayah Syariah – Ahmad Marzuk

YB Ahmad Marzuk bin Shaary

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengakui aspek Undang-undang Syariah di negara ini agak ketinggalan, terutama dalam hal berkaitan golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Ahmad Marzuk Shaary berkata, dalam hal itu jika perlakuan berkenaan dimuat naik ke media sosial, ia tidak dikira sebagai tempat awam.

Katanya, dalam situasi undang-undang di Wilayah Persekutuan, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah, penguatkuasa agama tidak boleh mengambil tindakan semata-mata kerana seseorang itu seorang ‘Mak Nyah’.

“Bahkan, pihak pendakwa perlu membuktikan individu itu menjadi ‘Mak Nyah’ di tempat awam dan dengan tujuan tidak bermoral.



“Sebab itu, kita mahu pinda semua Undang-undang Syariah yang ada kaitan dan kita akan usahakan secara berperingkat.

“Kita mahu Undang-undang Syariah juga selari dengan perkembangan arus teknologi dan keadaan semasa,” katanya yang dipetik Harakahdaily.net, hari ini.

Menurut Ahmad Marzuk, beliau mengambil perhatian mengenai maklum balas orang ramai berhubung isu Undang-undang Syariah yang melibatkan golongan berkenaan.

[VIDEO] Sah, Siti Hamil Anak Lelaki – Tahniah



Ujarnya, sejak pagi semalam, beliau mendengar pendapat, baik daripada pihak yang menyokong, menyelar mahupun mempertikaikan aspek hukuman kepada golongan it

“Ada dua perkara yang saya akan pastikan ia dimasukkan dalam pertimbangan untuk pindaan.

“Pertama, tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam Undang-undang Jenayah Syariah.



“Kedua, kandungan media sosial berkaitan dengan semua perlakuan bertentangan dengan jantina iaitu yang tidak senonoh, lucah dan jelik juga perlu dijadikan salah satu jenis kesalahan syariah yang dilakukan secara dalam talian,” katanya.

Katanya, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak bagi menangani isu LGBT yang beragama Islam.

Jawatankuasa itu, menurut beliau, dianggotai lebih 20 organisasi yang berkepentingan dan sudah memulakan mesyuarat pertamanya pada Disember lalu.

“Doa dan sokongan kalian semua amatlah kami harapkan dalam usaha mengekang individu dan organisasi yang cuba mempromosi gaya hidup songsang kepada anak-anak kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Dipaksa tukar jantina sebelum diperkosa

Related Articles

One Comment

  1. doktor pakar & premis dalam negara yang membuat pembedahan tukar jantina harus juga dikenakan hukuman

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker