Dipaksa tukar jantina sebelum diperkosa


Dipaksa tukar jantina, dirogol dan dijadikan pelacur.

Episod hitam itu berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Geeta Colony, Jumaat lalu.

Memetik laporan Gulf News, lebih malang lagi, remaja itu juga dipaksa untuk mengemis.

Kisah dukanya bermula tiga tahun lalu selepas bertemu seorang individu di Laxmi Nagar.



Dia dibawa individu itu ke Mandawali, kononnya untuk belajar menari namun tertuduh dan rakannya memaksa dia melakukan perkara tidak bermoral.

Remaja berkenaan diberi minuman beralkohol dan dipaksa menjalani pembedahan menukar jantina.

“Individu terbabit dalam pemerdagangan manusia dan memakai pakaian wanita untuk memikat pelanggan.

“Mereka juga memukul dan merompak pelanggan mereka,” kata seorang mangsa yang berjaya melarikan diri.



Selepas kes itu dimaklumkan Suruhanjaya Wanita Delhi (DWC), anggotanya Sarika Chaudhary membuat laporan awal terhadap suspek. HM

https://mykmu.net/2018/02/16/jakim-dan-sajat/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker