Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
Filzah Kongsi Bibit Percintaan Dengan Shashic
Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
Seperti yang kita tahu, pasangan pelawak, Shashic Iewan dan Filzah Azmi selamat mendirikan rumah tangga selepas lebih 7 tahun menyulam cinta dalam diam.
Terbaru, tular satu tangkap layar memaparkan Shashic dan Filzah yang menyertai satu sesi podcast bersama dua orang anak Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul yang popular dengan kumpulan Arteh.
Menerusi podcast tersebut, Filzah menceritakan tentang jerih perih kehidupannya sebelum mereka mengikat tali perkahwinan.
Kita orang dua ni memang susah senang. Aku susah dia ada, dia susah pun aku ada.
Mak ayah dia susah pun, Shashic sentiasa ada untuk diaorang, dan bila aku susah mak ayah dia selalu belanja aku makan dan aku sangat berterima kasih.
Bukan itu sahaja, Filzah juga mendedahkan bahawa pertolongan Shashic yang menyelamatkannya dari bekas teman lelaki yang kaki pukul menjadi asbab mereka mula berkawan dan bercinta.
Kita orang kenal (pada mulanya) sebagai kawan, Shashic menyelamatkan aku sebenarnya daripada didera. Aku ni selalu kena pukul dengan bekas teman lelaki. Jadi Shashic lah yang jadi penyelamat kepada kehidupan aku.
Dulu orang taknak kawan dengan aku dah sebab selalu kena pukul, muka bengkak-bengkak, lepastu taknak pergi balai, tapi dia (Shashic) lah yang selamatkan aku.
Aku lari pergi Sunway sebab dekat dengan rumah aku dan dia (Shashic) lah ‘hero’ yang selamatkan aku.
Sekadar info, Shashic dan Filzah sudah pun mengenali antara satu sama lain lebih dari tujuh tahun bahkan sebelum mereka menjadi pelawak lagi.
Mereka akhirnya mengikat tali perkahwinan pada 4 Jun 2023 yang lalu selepas bertunang pada tahun lepas. OB
Shashic selamatkan aku dari didera ‘ex boyfriend’
Baca Artikel Menarik:
- Anak Hamzah cuti sakit hari pertama prosiding mahkamah
- Syarleena lapor polis terhadap Sanusi atas dakwaan keluar perkataan lucah
- Awie raih kutipan RM161 juta untuk semua filem
- PAS dulu pun suruh ahli undi DAP, kini bersama Gerakan yang tentang hudud
- Guru ditahan, disyaki rogol 27 gadis
- Mahathir akan jumpa Muhyiddin
- Bekas ahli mahu Umno ‘ranap’, senang kembali kuasai parti
- Along pecahkan cermin kenderaan lima jiran rugi RM5,000
- Menuju PRN: Masih nak sayang pemimpin ‘poyo’?
- Kelar tangan selepas bini tegur beli jam mahal
- Pelanggan mengamuk di kedai nasi dagang sebab mahu dipanggil sebagai ‘abang’ dan ‘baby’ [VIDEO]
- Lelaki pukul kepala pemandu wanita diberkas polis
- Semua orang tahu dia jual tanah – Mahathir
- SPRM buka kertas siasatan, teliti dokumen PN terima dana judi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET