Malaysia Kini Juara Rekod Covid-19 Paling Buruk Di Asia Tenggara

 

Malaysia kini mempunyai rekod paling buruk di rantau Asia Tenggara dalam memerangi wabak Covid-19, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

“Jika dilihat daripada segi penularan tempatan dan bilangan kes berbanding saiz penduduk, Malaysia mempunyai rekod Covid-19 paling teruk antara semua negara ASEAN setelah kita melepasi Filipina pada minggu lepas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Malaysia tidak lagi berada dalam senarai negara yang paling berjaya mengawal Covid-19.

Najib berkata, Malaysia terlepas peluang membendung gelombang ketiga Covid-19 pada awal Okt lalu apabila kerajaan tidak menyekat perjalanan merentas negeri.

Membandingkan situasi pandemik di Singapura, Najib berkata tindakan tegas dan awal republik itu mengurangkan penularan dalam komuniti meskipun statistik jangkitan tinggi berbanding saiz penduduknya.

Katanya, ketika penularan berlaku dalam kalangan pekerja asing dalam sektor pembinaan dan pembuatan, negara itu bertindak pantas dengan mengasingkan golongan pekerja yang tidak dibenarkan keluar dari asrama selagi tidak disahkan bebas Covid-19.

“Sebilangan pekerja asing juga diasingkan dan dipindahkan oleh kerajaan Singapura ke kapal-kapal dan kem khidmat negara supaya asrama tidak begitu sesak.

“Lalu satu persatu, asrama pekerja asing dibuka semula apabila penularan Covid-19 terhenti selepas dua hingga tiga bulan dikurung. Akhirnya semua asrama pekerja asing disahkan bebas Covid-19 pada Ogos dan kegiatan industri di Singapura bersambung,” kata Najib.

Najib berkata, Malaysia perlu belajar daripada kesilapan dan akur bahawa tindakan lebih tegas pada peringkat awal berupaya mencegah mudarat lebih teruk dan berpanjangan.

Terkini, Kementerian Kesihatan mengesahkan 3,631 kes jangkitan baru dengan 14 kematian Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Related Articles

3 Comments

  1. Semua masih ingat bahawa Msia (kerajaan dan rakyat) telah berjaya mengawal penularan Covid-19 pada peringkat awal dulu, sehinggalah ujudnya “PUAK2 GILA KUASA” berebut ke Sabah untuk “MENYIBUK” di PR negeri tersebut… ….sehinggalah graft penularannya yg mula melentur telah menaik hingga sekarang dan yang paling terkesan darinya adalah RAKYAT.

    Sekarang pandai pulak cakap2 “perli” bahawa Msia adalah juara negara paling buruk di Asia Tengara dalam menanganinya.

    Apa jenis manusia yg cakap macam ini…..dah “maru” ker?

  2. ‘siapa’ yang pengaruh yang di pertua negeri supaya dun dibubar untuk diadakan PRN(Sabah)? shafie patut serah balik kuasa selepas hilang majoriti…buat PRN pun kalah jadi maknanya memang tak patut & tak perlu pun dibuat PRN…selain dapat jimat duit buat PRN penularan seterusnya covid19 juga tidak akan berlaku

  3. Dh terang lg nk bersuluh….dunia nk kiamat….simpan la politaik korang tu….ingat ye….lobang kubur sama saiz je…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker