Tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi sah ditarik balik

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.

Perkara itu dikongsikan penceramah berkenaan menerusi kemas kini di Instagram abdullahkhairi_official pada Khamis.

Beliau turut menyertakan lampiran surat penarikan tauliah mengajar tersebut bertarikh 3 Oktober 2023.



Menerusi surat berkenaan, MAIS memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar yang dikeluarkan sebelum ini berdasarkan Subseksyen 118 (3) Enekman Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan perenggan 17 (c) dan (e) Peraturan Bil 3/2023 yang bersidang pada 27 September 2023.

“Sehubungan itu, pihak tuan hendaklah berhenti daripada menjalankan sebarang ceramah umum atau mengajar apa-apa perkara tentang Islam di Selangor berkuat kuasa penarikan tauliah berkenaan.

“Pihak tuan juga perlu menyerahkan kad identiti tauliah kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau bahagian dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini,” menurut surat MAIS.

Menerusi surat tersebut, MAIS turut mengingatkan penceramah tersebut mematuhi arahan ditetapkan atau berdepan tindakan di bawah Seksyen 119 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 jika didapati mengajar agama atau ceramah selepas penarikan tersebut.



Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan MAIS turut menarik tauliah mengajar Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Mohamed Sukri berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi berhubung perkara itu dan patuh dengan arahan tersebut.

Menurutnya, pengalaman selama 11 tahun mengajar di masjid dan surau di Selangor akan diteruskan dengan menggunakan medium lain yang lebih luas.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker