Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia positif COVID-19

Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Sabtu.

Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Rita Sosilawati di laman Instagramnya pada Ahad.

“Sejak dua, tiga hari lepas, suami kejap demam kejap okay selepas tu demam semula. Bila suami dah mula sakit tekak, saya sarankan suami untuk buat swab test (ujian swab).



“Ketika itu, saya baru lepas beli barang dapur dan kemudian suami maklumkan beliau disahkan positif COVID-19,” katanya kepada sebuah portal.

Rita berkata, suaminya perlu untuk membuat ujian saringan kerana sering berjumpa dengan ramai orang sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Rita, beliau dan keempat-empat anak telah diasingkan lebih awal sejak beberapa hari lalu ekoran keadaan kesihatan suaminya.

Dalam pada itu, Rita juga memaklumkan supaya kenalan mereka berdua dapat memberi masa serta ruang agar dapat fokus dalam pemulihan ketika menjalani kuarantin-Awani



[VIDEO] Rita Rudaini Bersenam Pun Kena Perli..Buat Salah Tak Buat Pun Salah…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker