Bunga Raya FC azam beri tentangan sengit
Bunga Raya FC azam beri tentangan sengit

Seremban: Wakil tunggal dari Negeri Sembilan yang akan bersaing dalam Liga A1 Semi–Pro 2025/2026, Bunga Raya FC, melahirkan keyakinan untuk tampil dengan persembahan terbaik sepanjang liga itu yang akan membuka tirainya, 2 Ogos ini.
Meskipun bakal tampil kali pertama di pentas Liga Malaysia yang lebih mencabar, namun skuad bimbingan Zurin Adra Azhar ini menjanjikan semangat dan cabaran tinggi untuk memberikan saingan dengan memanfaatkan pengalaman bersaing di Liga FAM, yang disertai sebelum ini.
Pengurus pasukan, L Kuganeswaran berkata, persiapan pasukan Bunga Raya FC dari segi pembentukan pasukan baharu untuk menghadapi Liga A1 setakat ini berjalan dengan lancar.
“Kami mendapatkan khidmat beberapa pemain berpengalaman antaranya bekas pemain Sarawak United FC, S Veenod, bekas pemain Negeri Sembilan, Mohd Fauzan Mohd Fauzi dan bekas tonggak Kelantan Darul Naim FC, Mohd Arif Amiruddin.
“Setakat ini, pasukan dalam fasa persiapan akhir sebelum memulakan cabaran sebenar menentang Armed Forces FC, di tempat lawan pada 3 Ogos ini.
“Pasukan juga telah diuji dalam beberapa aksi pramusim termasuk menentang Kuala Lumpur (KL) City FC (0-0) dan Singa Iskandar FC (menang 3-0),” kata Kuganeswaran.
Bunga Raya FC azam beri tentangan sengit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.