Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan inflasi.

Jelas beliau apakah Datuk Seri Anwar tidak tahu bahawa inflasi adalah masalah terbesar dunia ketika ini ekoran pandemik serta perang yang berlaku antara Rusia dengan Ukraine.



“Macam Anwar tak tahu bahawa inflasi adalah masalah terbesar dunia pada ketika ini diakibatkan oleh gangguan rantaian bekalan akibat pandemik serta perang Russia-Ukraine.

“Kadar inflasi UK dan USA dah lebih 9% iaitu paling tinggi sejak 40 tahun lalu. Kadar inflasi Malaysia tak seteruk mereka sebab kita banyak memberi subsidi.

“Korang kata BN bersamaan dengan Barang Naik tapi BN tak ada pun di UK dan USA. Tapi yang paling menarik sekali ialah orang PH serang kerajaan tiap-tiap hari.

“Tak kompeten lah, korup, perkauman lah, tak mampu jaga harga barang lah. Menyusahkan Rakyat lah.Tapi bila disuruh tarik balik MOU, mereka tak nak. Masih mahu sokong kerajaan yang mereka kritik sebagai tak kompeten, perkauman, tak mampu jaga inflasi dan menyusahkan Rakyat,” katanya menerusi catatan di Facebook.



Kata beliau lagi pelbagai dakwaan dilontarkan terhadap kerajaan hari ini namun masih bermati-matian menyokong kerajaan melalui MOU.

“Suruh korang cancel MOU macam suruh korang menari dengan pontianak pula,” ujarnya.-UMNO Online

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker