Mahathir jelaskan kenapa Anwar tak jadi PM lebih awal

Mahathir jelaskan kenapa Anwar tak jadi PM lebih awal

Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri lebih awal, iaitu selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sedangkan beliau sudah berjanji memberi laluan kepada Presiden PKR itu.

Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas parti diterajuinya, BERSATU bersama PH yang diterajui Anwar berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Katanya, beliau sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh pentadbiran PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Saya sudah janji dan saya akan tunaikan janji. Apabila saya bersama dengan DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka pilih saya untuk jadi calon Perdana Menteri.

“Tapi mereka juga tentukan saya jadi Perdana Menteri untuk beri peluang kepada Anwar jadi Perdana Menteri dan saya terima itu,” katanya dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shaharil Hamdan, yang disiarkan hari ini.

Jelas Dr Mahathir, niatnya itu tidak dapat dilunaskan kerana berlakunya Langkah Sheraton yang berjaya menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020.

“Disebabkan Langkah Sheraton, parti kerajaan, iaitu PH sudah hilang kedudukan. Kalau saya bagi jawatan pada Anwar pun, dia tidak boleh jadi sebab parti sudah kalah,” katanya menegaskan beliau tidak dapat melakukan apa-apa kerana partinya pada waktu itu sudah hilang majoriti.

“Saya hendak beri (jawatan Perdana Menteri) kepada Anwar, tetapi sebelum saya dapat beri, parti saya tolak saya. Apabila parti tidak yakin dengan saya, tindakan saya, saya kena letak jawatan.

“Pada waktu itu juga, saya dapati PH akan kalah kerana Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali bersama dengan BERSATU akan menjatuhkan PH. Kalau saya angkat Anwar jadi Perdana Menteri, dia tidak akan jadi,” katanya. BH

Mahathir jelaskan kenapa Anwar tak jadi PM lebih awal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker