Kejayaan rampasan DADAH terbesar dalam negara oleh Polis Johor bernilai RM208.1 Juta

 

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM201.8 juta yang juga terbesar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), hasil serbuan di sekitar bandar raya ini pada Khamis dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dadah yang boleh menampung permintaan kira-kira 11.3 juta penagih itu dirampas selepas polis berjaya membongkar tiga stor penyimpanan dalam serbuan terbabit.



Katanya, prekursor dan peralatan memproses dadah turut dirampas dalam operasi dijalankan di Taman Mount Austin dan Setia Indah.

Beliau berkata, ia adalah susulan kepada operasi JSJN Johor, minggu lalu, yang membawa kepada 15 tangkapan, selain penemuan dua stor simpanan dan dua makmal haram membabitkan keseluruhan rampasan dadah serta sitaan berjumlah RM131.27 juta

Katanya, operasi susulan itu dilancarkan hasil pendedahan empat daripada 15 suspek yang ditahan berkenaan.

“Serbuan kali ini membabitkan bangunan kilang di Taman Mount Austin dan dua rumah sewa di Setia Indah yang disyaki dijadikan tempat menyimpan dadah.



“Hasil serbuan, sejumlah dadah berjaya dirampas. Hasil maklumat terbaharu juga mendedahkan sindiket penyeludupan dadah ini beroperasi sejak 2018 dengan membawa masuk bahan mentah serta peralatan dari China yang mampu bertahan bagi tempoh tiga tahun, selain modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa premis kilang dan rumah untuk dijadikan stor penyimpanan dan pemprosesan dadah.

“Selain merampas 3.20 tan serbuk ekstasi, 26.1 kilogram (kg) cecair ekstasi dan 117 kg serbuk Eramin 5 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM201 juta, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM5.8 juta, empat kenderaan mewah, 30 jenis pelbagai barangan kemas dengan nilai sitaan RM 124,435.09 dan 62 akaun bank membabitkan nilai keseluruhan RM8.6 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Darurat: Seperti rampasan kuasa diri sendiri untuk kekal berkuasa?



 

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Ayob Khan berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di premis kilang Taman Mount Austin pada 14 Januari lalu, manakala seorang lagi lelaki berusia 38 tahun ditahan di Taman Gaya, Ulu Tiram, semalam.



Katanya, kedua-dua yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan, manakala 15 suspek yang ditahan sebelum ini turut disambung reman selama empat hari sehingga 20 Januari ini, selain kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bermula 1 Januari hingga 15 Januari lalu, JSJN Johor berjaya membuat tangkapan seramai 505 individu atas pelbagai kesalahan dadah, selain rampasan dadah sebanyak 5.5 tan. Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM 327.39 juta, turut disita harta bernilai RM 14.91 juta,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM125.8 juta yang boleh menampung 5.4 juta penagih, dalam 16 serbuan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, ia kejayaan rampasan dadah terbesar di Malaysia, membabitkan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, setakat awal tahun ini.



Beliau berkata, 16 serbuan selama dua hari itu bermula pada 2.45 petang Sabtu hingga 6.40 petang Ahad lalu menyaksikan 15 suspek iaitu lapan lelaki dan tujuh wanita warga tempatan berusia antara 17 hingga 62 tahun ditahan.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker