Saya syukur kerjasama UMNO dengan Anwar, DAP gagal

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau akan tetap bersama UMNO dan terus bersuara kerana sayangkan parti itu.

Annuar berkata, beliau lebih senior dan lama berbanding sesetengah mereka yang ada dalam parti itu selain telah melalui banyak ujian yang menguji kesetiaannya.

“Usah cuba pertikaikannya. Percubaan mereka bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tetap saya tentang walau apa jadi pada saya. Muafakat Nasional dan kerajaan Perikatan Nasional milik kita semua. Kita yang cipta, kita yang jayakannya.

“Setakat ini, Alhamdulillah yang penting percubaan mereka itu tidak berjaya. Tidak disokong oleh parti kita. Itu sudah cukup bagi saya. Saya syukur dan gembira. Membakar diri tidak mengapa, saya sudah biasa..sudah bersedia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap tulisan pengguna media sosial dikenali sebagai ‘Hang Nadim’ yang menyenaraikan enam sebab mengapa Annuar Musa mengkhianati UMNO.

Antara sebab yang didakwa oleh ‘Hang Nadim’ ialah Annuar dijanjikan jawatan lebih tinggi termasuk Timbalan Perdana Menteri, projek dan kontrak yang bernilai tinggi, menjadi sekutu utama kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sebab lain didakwanya ialah jika Annuar kekal dengan status quo, peluangnya mendaki jawatan tinggi makin tipis, diberi tugas meneutralkan parti itu daripada dalam dan diberi peranan menolak Datuk Seri Najib Razak daripada arus perdana UMNO.

Mengulas lanjut, Annuar memberi bayangan mengetahui individu yang menulis dakwaan berkenaan dan siapa neratifnya.

“Besarnya rekaan cerita mereka tetapi untuk fitnah rekaan mereka, nerakalah tempatnya.

“Mereka masih nak menutup rahsia mahu menyeret UMNO untuk bersama Anwar dan DAP, nak menjatuhkan kerajaan yang kita bina bersama. Bila tak setuju dengan perancangan mereka, saya nak dijadikan kambing hitam dengan mereka-reka cerita yang tidak pernah ada,” tegasnya.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, mereka boleh menyingkirkannnya tetapi Allah lebih berkuasa.

“Pecat saya tapi pemikiran saya dan pendirian saya Insya-ALLAH tidak terpecat buat selamanya. Biarlah ia kekal berbeza. Sama-sama kita menilai bila tiba masanya,” katanya.-SH

2 thoughts on “Saya syukur kerjasama UMNO dengan Anwar, DAP gagal

  • January 18, 2021 at 12:33
    Permalink

    Hang Nadim, nak tanya sikit…brp rm yg dibayar oleh : seseorg” utk kaum menyebarkan fitnah kpd annuar musa? Betul kata annuar, penyebar fitnah neraka jahanamlah tempatnya. Kau dah bersedia nk masuk neraka ke?

    Reply
  • January 18, 2021 at 16:05
    Permalink

    Memang Annuar Musa, bukan utk UMNGOK tapi lebih kpd kerajaan PN dek jawatannya, kes Mara mcmana, semasa pegang jawatan presiden Kafa, tak bersinar bagai mentari.

    Reply

Leave a Reply