Pilu Ratap Jasad Anak Maut Dalam Kemalangan

Pilu Ratap Jasad Anak Maut Dalam Kemalangan

Chukai: Pilu apabila seorang bapa hanya mampu terduduk dan meratap hiba di sisi mayat anak lelakinya yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 329.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Plaza Tol Kerteh, semalam.

Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, Muhammad Azza Ajmal Amman Ayub, 20, yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai terlanggar bahagian belakang motosikal lain ketika berkonvoi melalui laluan itu.



Akibat perlanggaran itu, Muhammad Azza Ajmal gagal mengawal motosikal ditungganginya lalu terbabas sebelum tercampak ke atas jalan.

Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh sepasukan anggota perubatan dari Klinik Kesihatan Ketengah Jaya yang dipanggil ke lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berkonvoi bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pasir Gajah, Kemaman selepas makan malam di Dungun.

Bapa mangsa berusia lingkungan 50-an yang datang ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan itu dilihat tidak dapat menahan sedih di sisi mayat anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.



Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-HM

Pilu Ratap Jasad Anak Maut Dalam Kemalangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker