Petrol naik 5 sen, diesel 3 sen


Kementerian Kewangan mengumumkan kenaikan harga minyak bagi tempoh 16 hingga 22 Jan ini.

Harga RON97 dan RON95 naik 5 sen seliter masing-masing kepada RM2.19 dan RM1.89.

Harga diesel turut naik 3 sen, kepada RM2.05 seliter.

Kementerian berkata, ia akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sesuai bagi memastikan kesejahteraan orang ramai terpelihara.

Leave a Reply