Jangan beli kit ujian pantas Covid-19 di media sosial


Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membeli kit ujian pantas pengesanan Covid-19 yang dijual pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, peringatan itu diberikan berikutan terdapat banyak penjualan kit ujian pantas Covid-19 di Facebook, yang mendakwa orang ramai boleh menjalankan ujian sendiri.

Beliau berkata, kit ujian itu berkemungkinan tidak mematuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ujian Covid-19 hanya boleh dilakukan anggota yang dilatih oleh KKM. Prosedur ketat terutama dalam penggunaan peralatan penggunaan diri (PPE) dan pengurusan orang berjangkit adalah perlu.



“Oleh itu, seseorang yang tidak terlatih, tidak boleh menjalankan ujian kerana boleh mendedahkan diri kepada jangkitan dari orang lain,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sehubungan itu orang ramai disaran supaya mendapatkan nasihat dan ujian bersesuaian daripada klinik awam atau swasta yang dilatih oleh KKM.

Dalam perkembangan berkaitan, Vidyananthan dalam kenyataan sama, berkata Johor buat julung kalinya menghantar seramai 106 pesakit positif Covid-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, semalam.

Menurut beliau, pesakit warga asing itu dihantar ke MAEPS melalui Pejabat Kesihatan Daerah Muar untuk menjalani rawatan selama 10 hari dengan penghantaran diselaraskan bersama Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis. FMT



Anak Malaysia Juga Hebat, Saintis Kita Berjaya Cipta Kit Ujian Pantas COVID-19 Pertama Di Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker