Hanya UMNO saja selalu desak presiden letak jawatan


Exco Pemuda minta akar umbi teguh di belakang presiden

Seorang Exco Pemuda Umno menyeru akar umbi parti itu berdiri teguh di belakang Presiden Ahmad Zahid Hamidi walau ada ‘suara’ yang meminta beliau berundur daripada terus memimpin parti Melayu itu.

Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, Umno perlu mencontohi parti lain, baik parti lawan mahupun kawan yang tidak pernah mendesak presiden mereka meletakkan jawatan dalam apa jua situasi.

“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk mencipta gelora di dalam parti ketika kita sedang membina kekuatan dan keutuhan bagi mengembalikan sokongan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.



Beliau yang juga Ketua Pemuda Kuala Kangsar berkata, ketika parti mengalami kejatuhan, dalam keadaan yang serba kekurangan, Zahid masih mencurahkan bakti dan sanggup menjadi ketua di dalam keadaan Umno sebagai pembangkang.

“Oleh itu, kita semua perlu bersatu hati, barsatu padu mempertahankan rumah Umno kita. Elakkan daripada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan Umno dari dalam.

“Jangan sesekali kita menjadi seperti tikus membaiki labu,” katanya.

Beberapa portal hari ini melaporkan Pemuda Umno Pontian menggesa Zahid berundur sebagai presiden parti secara terhormat ketika parti Melayu itu dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas di bawah kepimpinannya.



Sebelum ini juga berlaku kekecohan apabila isu kain rentang bertajuk “Minta Presiden Undur dari Jawatan Beliau Sebagai Presiden Umno” digantung di sekitar Shah Alam, Selangor. FMT

Tidak akan pinggirkan calon lain jika berjaya jadi Presiden – Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker