Biar Betul! 6 Hidangan Ini Hanya Menggunakan Lebihan Kulit Epal

Kebiasaannya apabila anda menggunakan buah epal untuk menghasilkan pai, kek, muffin, dan sebagainya, sudah tentu kulitnya terus dibuang begitu sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat pelbagai sajian dan minuman menarik hanya menggunakan kulit epal sahaja. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

1.Teh Kulit Epal

Anda hanya perlu rendamkan kulit epal ke dalam air yang mendidih, bersama kulit kayu manis dan madu. Kulit epal dapat menghasilkan teh yang menenangkan.

Bonus: Gunakan kulit epal merah dan anda akan dapat menghasilkan minuman berwarna merah jambu yang indah.

2. Jus Kulit Epal

Sering kali apabila membeli epal untuk menghasilkan jus, anda akan meninggalkan lebihan kulit epal yang sangat banyak. Sekiranya anda menyukai jus epal, jangan buang kulitnya.

Anda hanya perlu rebus kulitnya ke dalam air dan biarkan ia sehingga mendidih. Ia juga akan menghasilkan lebih banyak jus epal.

3.Smoothie Kulit Epal

Ingin menambahkan lebih banyat serat untuk diet anda? Anda boleh temui jawapan anda pada kulit epal. Simpan lebihan kulit epal dalam freezer bag. Kemudian, ketika anda ingin menghasilkan smoothie, masukkan kulit epal dan campurkannya sehingga halus untuk tambahan serat yang tinggi.

4.Cuka Sider Epal

Ini lebih kepada penggunaan jangka panjang untuk kulit epal anda. Proses untuk menghasilkan cuka sider epal hanya memerlukan beberapa bahan tapi mengambil masa hampir sebulan untuk ditapai dengan betul. Dicampurkan dengan gula dan dibiarkan terendam dalam air. Anda sudah mengubah kepingan kulit epal menjadi DIY cuka epal sider.

5.Snek Kulit Epal

Menurut Anna Kovel, editor makanan Martha Stewart, mendapati bahawa mencampurkan kulit epal dengan sedikit gula kulit kayu manis dan memanggangnya selama 2 1/1 jam akan menghasilkan snek yang enak dan stress-free.

Setelah kulit epal yang digulung mulai melengkung dan semakin rangup, anda akan mendapat snek yang enak dan sihat, dan turut disukai seluruh ahli keluarga.

6.Ditambahkan Ke Dalam Pancake Dan Muffin

Anda hanya perlu potong kulit epal dan tambahkan ia ke dalam pancake, waffles, atau muffin anda. Kulitnya yang akan menambahkan rasa epal yang halus akan meningkatkan kandungan serat dalam salah satu hidangan ini. Gandingkan ia bersama kayu manis agar semua terasa seperti pai epal.-Murai.my

Selamat Mencuba!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker