EPL, United ‘potong’ City

EPL, United ‘potong’ City

Manchester United merampas kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City selepas menewaskan Leeds United 2-0 di Stadium Elland Road, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebaik perlawanan bermula, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan yang menyaksikan babak pertama berkesudahan 0-0.

Leeds yang beraksi di laman sendiri dilihat lebih banyak mengasak ketika perlawanan menuju ke penghujung dan memperoleh peluang terbaik pada minit ke-78 tetapi percubaan jarak dekat Crysencio Summerville diselamatkan penjaga gol, David De Gea.

Ketika Leeds sedang rancak mengasak, sebaliknya United terlebih dahulu menemui jaringan yang dicari selepas Marcus Rashford menanduk masuk bola hantaran Luke Shaw pada minit ke-80.

Jaringan itu jelas membangkitkan semangat anak buah Erik Ten Hag dan pemain gantian, Alejandro Garnacho berjaya menambah gol kedua buat Red Devils pada minit ke-85, sekali gus mengesahkan kemenangan pasukannya.

Kemenangan itu menyaksikan United mengumpul 46 mata selepas mengharungi 23 perlawanan, satu mata di depan pasukan jiran, Manchester City yang mengumpul 45 mata dalam 21 perlawanan.

Tiga mata yang diraih di gelanggang lawan itu turut meletakkan skuad Ten Hag ketinggalan lima mata daripada pendahulu, Arsenal. BH

EPL, United ‘potong’ City

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker