Kadar individu kembali bekerja naik 40 peratus – MTE

Kadar peratusan individu yang kembali mendapat pekerjaan selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 dilaporkan meningkat kepada 40 peratus sejak lima bulan lalu.

 

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menerusi Agenda AWANI pada Rabu.



“Kalau kita lihat pada 31 Disember lalu, terdapat kadar replacement (penggantian), maksudnya daripada 100 yang hilang kerja, ada beberapa yang dapat kembali bekerja.

 

“Angka ini telah meningkat kepada kadar 40 peratus berbanding dengan semasa bulan lima tahun lalu, ia mencecah hampir 10 peratus.

“Jadi, bererti kita nampak bahawa aktiviti ekonomi itu semakin ada, dan memang angka-angka ini naik turun mengikut PKP.



 

“Jadi, saya tengok kepada contoh sektor perhotelan, kalau kita lihat yang terkini iaitu mencecah hampir 43.3 peratus.

“Saya percaya angka-angka ini akan turun, cumanya kita nak pastikan ada sokongan daripada peringkat yang tertentu,” jelasnya.

 



Beliau pada masa sama mengingatkan bahawa isu pengangguran atau kehilangan pekerjaan sentiasa perlu diberi perhatian.

 

“Pertamanya, dalam kita menghadapi krisis sepanjang tahun lalu, isu pengangguran ataupun kehilangan pekerjaan menjadi perkara pokok yang kita awasi setiap masa.

 



“Kita harus faham bahawa apabila ekonomi terhenti ataupun lembap, dalam konteks ini, sebahagian daripadanya mungkin terhenti.

 

“Ini bererti ada dua kategori, yang pertamanya adalah kehilangan pekerjaan, yang keduanya adalah yang mana kita kata ‘underemployed’, maksudnya mereka tidak dapat bekerja dengan jumlah masa yang mencukupi ataupun dengan imbuhan gaji yang cukup.

 



“Mereka bekerja, namun mereka are ‘not unemployed’, jadi memang saya perkara ini adlaah perkara yang penting.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Agenda AWANI pada malam Rabu mengenai kesan darurat dan pelaksanaan PKP 2.0 kepada Keseimbangan Ekonomi dan Kesihatan.

Kadar individu kembali bekerja naik 40 peratus



Work From Home, ARAHAN bukan Lagi Permintaan [Video]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker