[VIDEO] Rakaman detik penemuan kotak hitam pesawat Sriwijaya Air dalam laut
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air SJ182 ditemui oleh pasukan penyelamat pada Selasa, kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.
Menurut laporan Reuters, kotak hitam itu ditemui antara sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, Jakarta.
Kotak hitam itu diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) bagi tujuan siasatan.
Sementara itu, Ketua tentera Panglima Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto pada Selasa berkata, “kotak hitam” kedua atau perakam suara kokpit (CVR) berpotensi untuk dijumpai dalam masa terdekat kerana isyaratnya tidak jauh terletak dari penemuan kotak hitam yang sebelumnya.
Pesawat Boeing 737 yang membawa seramai 62 penumpang dan kru itu dilaporkan terputus hubungan pada Sabtu lalu ketika melintas ruang udara di Daerah Kepulauan Seribu.
Sebelum ini, Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia, Soerjanto Tjahjono dalam satu kenyataan berkata, pesawat Sriwijaya Air yang terhempas dipercayai tidak meletup, sebelum terjunam ke dasar laut.
Ia berdasarkan terdapat serpihan-serpihan pesawat yang ditemui setakat ini itu berukuran melebihi 23 meter.
You must be logged in to post a comment.