DAP keliru jurang tarikh PKP, darurat


DAP terkejut dengan permintaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat yang akan dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos, sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh beliau semalam hanya untuk 14 hari hingga 26 Januari.

Jurang yang jelas ini menimbulkan curiga yang mendalam apakah Muhyiddin didorong oleh pertimbangan kesihatan awam untuk memerangi Covid-19, kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

”Mengapa perlunya PKP semalam dengan Perisytiharan Darurat hari ini. Ini telah menimbulkan kekeliruan mengenai pengurusan dan pentadbiran yang lemah oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

”Lebih-lebih lagi alasan yang diberikan oleh Muhyiddin untuk perintah darurat adalah menangani tuntutan pilihan raya awal. Hanya UMNO yang membuat tuntutan ini. Semua parti politik lain termasuk pembangkang PH dan DAP menentang tuntutan untuk pilihan raya awal.



”Oleh itu, alasan ini tidak masuk akal apabila UMNO hanya memegang 39 daripada 222 kerusi di Parlimen,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng sekali menambah, pengisytiharan darurat dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah lonjakan jangkitan dan kematian Covid-19 baru-baru ini, menunjukkan kerajaan PN yang sebelum ini mengambil kredit terlalu awal tahun lalu kerana berjaya membendung Covid-19.

Ia berlaku apabila dengan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat dakwaan tidak masuk akal bahawa kerajaan PN telah menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, katanya, masanya telah tiba untuk PN mengambil tanggungjawab atas kegagalan mereka supaya mereka dapat mengatasi kekurangan mereka untuk memenangi pertempuran kritikal melawan Covid-19 kali ini.



”Dasar yang berubah-ubah, amalan antara dua darjat dan ketidakcekapan oleh Kerajaan Persekutuan PN menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan nyawa dan mata pencarian kita dalam pertempuran menentang Covid-19.

”Politik yang tidak berkesudahan untuk terus kekal berkuasa berikutan kehilangan majoriti Parlimen oleh Muhyiddin menyebabkan kerajaan PN gagal memberi tumpuan kepada tugas mereka,” katanya. MG

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker