Piala FA: United diundi jumpa Liverpool
LONDON: Manchester United akan berdepan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA, manakala pasukan League Two Cheltenham bertemu Manchester City.
Liverpool dan United akan bertembung dua minggu berturut-turut dengan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris itu bertemu Ahad ini dalam saingan liga.
Kelab Liga Nasional Chorley yang menewaskan Derby akan bertemu kelab Liga Perdana Wolves.
“Itu yang kami mahukan, lawan dari Liga Perdana, bagus. Ada sejarah kerana pada tahun 1986, Chorley menentang Wolves di laman sendiri dan menewaskan mereka 3-0.
“Jadi kami perlu melakukannya sekali lagi,” kata pengendali Chorley Jamie Vermiglio.
Sekiranya Chorley mampu melakukan kejutan, mereka berpeluang berjumpa juara bertahan Arsenal di pusingan kelima, sekiranya skuad kendalian Mikel Arteta mampu melepasi pusingan keempat bertemu pemenang antara Southampton dan Shrewsbury.
Crawley, yang mengejutkan Leeds 3-0 di pusingan ketiga, bertandang ke Bournemouth.
Pusingan keempat akan berlangsung dari 22-25 Januari dan pusingan kelima pada 9-11 Februari.
Pusingan keempat Piala FA
Manchester United mln Liverpool
Cheltenham mln Manchester City
Bournemouth mln Crawley
Swansea mln Nottingham Forest
Southampton/Shrewsbury mln Arsenal
Barnsley mln Norwich
Chorley mln Wolves
Millwall mln Bristol City
Brighton mln Blackpool
Wycombe mln Tottenham
Fulham mln Burnley
Sheffield United mln Plymouth
Chelsea mln Luton
West Ham mln Doncaster
Brentford mln Leicester
Everton mln Sheffield Wednesday
– AFP