Cuba Sebut Laju-Laju Nama Tempat Di Jepun Ini

SHIBUSHI-SHI SHIBUSHI-CHO SHIBUSHI NO SHIBUSHI SHIYAKUSHO SHIBUSHI SHISHO.

Cuba sebut laju-laju. Boleh?

 

Ini bukanlah sebaris ayat peligat lidah (tongue twister) yang dibuat suka-suka, tetapi nama sebuah pusat sokongan perbandaran di Jepun.

Terletak di wilayah Kagoshima, lebih spesifik di daerah Shibushi dalam Bandaraya Shibushi, bangunan ini cukup ikonik dalam kalangan penduduk tempatan dek namanya. Dalam bahasa Melayunya, ia bermaksud ‘Pejabat Majlis Perbandaran Shibushi Cawangan Shibushi, Bandar Shibushi, Shibushi, Bandaraya Shibushi’.



‘Shi’ dalam bahasa Jepun bermaksud bandaraya, sementara ‘shisho’ pula bererti pejabat cawangan. Itu pasal banyak sangat bunyi ‘shi sho shi sho’ dalam namanya itu. Tapi macam mana nama sebegini boleh terjadi dan diterima umum?

Apabila tiga bandar iaitu Ariake, Matsuyama dan Shibushi digabungkan pada 2006, dia dipanggil sebagai Bandaraya Shibushi atau Shibushi City. Ia menjadikan daerah Shibushi itu di dalam Bandaraya Shibushi. Shibushi dalam Shibushi. Umpama mimpi dalam mimpi. Lebih kurang begitu lah.

Tempat ini diketahui khalayak luar Jepun apabila 1 Januari 2021 tempoh hari keluar laporan berita mengumumkan bahawa pejabat cawangan itu akan dinaik taraf menjadi pejabat utama. Benda biasa naik taraf pejabat, tapi disebabkan namanya itu, berita tersebut tak pasal-pasal gempar seluruh Jepun.

Bagaimanapun laporan itu juga menyebut, apabila ia kembali dibuka pada 4 Januari, namanya itu telah diubah sedikit menjadi – ‘Shibushi-shi Shibushi-cho Shibushi no Shiyakusho Shibushi Honco’. Hanya hujung diubah daripada ‘shisho’ kepada ‘honcho’, ‘cho’ bermaksud ‘agensi’.



Ingatkan ubah jadi senang sikit nak menyebut.

Sumber: soranews24.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker