Bukan darurat, cukup hanya PKP 2.0, kata Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak menolak pelaksanaan darurat, susulan laporan media memetik sumber kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta perintah itu dilaksanakan bagi melawan Covid-19.

Najib berkata, sekiranya laporan itu benar, beliau percaya keputusan berkenaan berasaskan politik dan bukan disebabkan untuk melawan pandemik itu.

Malah, timbul persepsi yang kerajaan hari ini hanya mahu mengekalkan kuasa politik mereka, bukan atas kepentingan rakyat.



“Ramai akan membina persepsi bahawa kerajaan PN melonggarkan hampir semua SOP termasuk menarik balik sekatan rentas negeri untuk sengaja menggadaikan kesihatan dan nyawa rakyat dengan membiarkan keadaan Covid menjadi teruk.

Sehingga semalam, sebanyak 135,992 kes Covid-19 direkodkan dalam negara dengan 551 kes kematian.

Najib berkata, memadai sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP), seperti dilaksanakan 18 Mac lalu diperkenalkan semula.

“Sebab kita maklum bahawa PKP pertama bulan Mac hingga April dulu adalah amat tegas termasuk mengarahkan anggota tentera untuk mengawal keadaan. Apa lagi yang tidak cukup untuk lawan Covid masa PKP pertama itu?



“Seperti dibuktikan pada PKP pertama tahun lepas, undang-undang Malaysia bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sudah cukup kuat untuk segala kerja mengawal Covid tanpa pengisytiharan darurat dan menggantungkan Parlimen,” katanya.

Mac lalu, Putrajaya mengumumkan PKP, yang ketika itu bertujuan melandaikan lengkung kes Covid-19. Ketika itu, semua aktiviti ekonomi dan sosial perlu mematuhi SOP ditetapkan dengan beberapa aktiviti sosial turut disekat daripada dilaksanakan.-FMT

Kumpulan doktor gesa sambung PKP sampai lepas raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker