Cebisan daging dipercayai milik penumpang Sriwijaya Air ditemui di laut

JAKARTA – Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia menjumpai cebisan daging yang dipercayai milik penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang terputus hubungan petang tadi, lapor Tribunnews.com sebentar tadi.

Sebuah kapal peronda daripada Kementerian Informasi Maklumat menjumpai cebisan daging itu di lokasi yang disyaki menjadi tempat pesawat Sriwijaya Air SJ 182 terhempas di Kepulauan Seribu, lewat petang Sabtu.



Kapten kapal, Eko memberitahu dia menerima laporan daripada nelayan yang terdengar satu letupan kuat seperti bunyi kilat lalu bergerak menuju ke lokasi yang didakwa untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan Basarnas menemui bangkai pesawat Sriwijaya Air SJ 182 laluan Jakarta-Pontianak yang terputus hubungan pada petang Sabtu. Istimewa

“Ada sepotong daging ditemui di terapung di atas air, mungkin daripada tubuh manusia,” kata Eko kepada stesen televisyen, TV One.



Selain itu, Eko turut menjumpai kesan bahan bakar pesawat di lokasi dipercayai kapal terbang itu terhempas.

“Ada (kesan) bahan bakar pesawat dilihat di air laut yang mempunyai kedalaman sekitar 15 hingga 16 meter,” katanya.

Terdahulu, sebuah penerbangan Sriwijaya Air yang dalam penerbangan di laluan Jakarta-Pontianak dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan empat minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng menuju ke Pontianak. – Agensi

Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker