Hari-hari curi ahli UMNO, bukan kita tak tahu – Nazri


Datuk Seri Nazri Aziz menyokong pandangan Datuk Seri Najib Razak supaya UMNO keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Veteran UMNO itu berkata, lagi lama UMNO bersama PN, keadaan akan bertambah sulit.

Kata Nazri, ketika ini sudah ada kenyataan dari Setiausaha Agung Bersatu kononnya akan ada 8,000 cawangan ditubukan.

“Betul kata Datuk Seri Najib, lagi lama kekal dengan Bersatu semakin sukar bagi kita, sebab hari-hari dia (PPBM) curi ahli kita, bukan kita tidak tahu, Setiausaha Agung Bersatu cakap hendak ada 8,000 cawangan.

“Mana ada ahli bunga (Bersatu) secara rela nak buat cawangan, main duit-duit la tu, jadi kita perlu keluar secepat mungkin dari ini, lagi cepat lagi baik.

“Ini bukan parti Bersatu, pada saya ianya parti ‘Berpecah’ kerana itu sahaja kerja mereka ini,” katanya ketika sembang santai bersama media hari ini.

Kata Nazri lagi, pengumuman enggan bekerjasama dengan Bersatu sebenarnya bukanlah dipelopori oleh pemimpin tinggi UMNO, sebaliknya akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu berkata, ramai dalam kalangan ahli dari kawasannya sendiri sudah komited dengan seruan tersebut apabila rata-rata tidak berpuas hati dengan Bersatu.

“Kita tidak mahu hubungan dengan Bersatu, kita hanya mahu perkasa hubungan dengan Pas, jadi inilah sebenarnya kalau lihat perkembangan politik UMNO, inilah hala tuju kita,” tegasnya. MG

Curi ahli : Asyraf ada bukti – Shahril

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker