Bukan salah UMNO menuntut dalam Kerajaan PN – Nik Abduh

Terkini di My KMU !!!!---->


BUKAN satu kesalahan untuk parti UMNO membuat sebarangan tuntutan terhadap Kerajaan Pakatan Nasional.

Juga bukan satu kesalahan sekiranya Pas atau Bersatu turut membuat tuntutan atau mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pintu terhadap keadilan akan tertutup kepada mana-mana parti dalam PN yang rasa dianiayai jika ada yang mendakwa tuntutan yang dilakukan oleh parti terbabit sebagai satu kesalahan.

“Bukan salah UMNO menuntutnya. Bukan salah PAS dan Bersatu jika menuntutnya atau mempertahankannya. Jika kita bermula dengan menuduh yang menuntut itu adalah bersalah, maka akan tertutuplah pintu keadilan bagi mereka yang terasa dianiayai.

“Jika kita berat hati untuk ke proses timbang tara, itu pun menjadi kezaliman baru di atas tuduhan kezaliman awal. Perikatan Nasional, kerajaannya perlu dua kekuatan awal. Berani berubah dan berani berislah diri,” kata Nik Abduh.

Beliau menjelaskan, konflik politik tidak akan terhenti kerana ia sesuatu yang biasa dalam kehidupan dan berlaku secara semulajadi.

Nik Abduh berkata, sebarang konflik yang berlaku merupakan satu proses tabii dalam mengukur dan menimbang hak antara mereka yang berkonflik.

Justeru katanya bukan sesuatu yang pelik jika konflik berlaku antaran parti-parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Tambahan, menurut Nik Abduh, ketahanan politik sama ada PN mahupun MN sehingga kini belum lagi diuji.

“Seteguh mana Muafakat Nasional telah diusahakan, konflik akan terus berlaku dan kekal menjadi proses peneguhan seterusnya.

“Tidak pelik Kerajaan Perikatan Nasional berada di ambang konflik besar hari ini. Ia cantik dan baru. Cantiknya mungkin pula kerana sifat barunya.

“Ia belum pun teruji ketahanan politiknya. Hak-hak di antara pendirinya masih belum disusun dan ditimbang dengan sebaiknya. Masing-masing sedang menuntutnya,” kata Nik Abduh.

UMNO malam tadi membuat keputusan untuk menyerahkan kepada perwakilan bagi membuat pertimbangan mengenai hubungan parti itu dengan Bersatu.

UMNO sebelum ini turut menuntut agar semua kerusi yang dimenangi oleh parti itu dalam Pilihan Raya Umum yang lalu akan ditandingi semula dalam PRU akan datang. SM

Leave a Reply